Tuesday, April 12, 2011

Menaikkan Warna Gambar dalam Photoshop - Hue & Saturation

Kadang-kadang warna pada gambar yang kita ambil tak berapa jelas. Tak jadi masalah untuk kita jelaskan lagi warnanya dalam Photoshop dengan menggunakan kaedah Hue & Saturation. Contohnya seperti gambar kat bawah ni..

Friday, April 1, 2011

Mencerahkan Gambar dalam Photoshop - Levels, Curves & Exposure

Rasanya semua orang dah ada kamera digital kan? Tak kisah la yang murah atau yang mahal. Memang dah jadi trend untuk memiliki kamera digital ni. Merakam memori-memori indah antara kau dan aku... Cewah.. Mat bangla pon leh beli kamera digital tau.. Yang nak aku cerita kat sini bukan pasal bangla. Tapi cara untuk mencerahkan atau menerangkan gambar yang kita ambil. Biasa la kan kalau photographer amatur ni.. kadang-kadang ambil gambar banyak yang gelap dari terang. Almaklumlah beli kamera tau tekan butang snap je.. Huhu.. Tapi semua itu takde masalah kalo kita ada Photoshop. Tak perlu dibuang gambar-gambar tu. Aku akan tunjukkan caranya. Contohnya seperti gambar di bawah ni..

Nampak kan perbezaan gambar di atas? Sebelah kiri tu gambar original. Langsung tak nampak muka. Entah hensem entah tak.. Tapi lepas kita buat adjustment pada Levels, Curves atau Exposure kita akan dapat hasil seperti gambar sebelah kiri tu.. Hensem orangnya dengan misai.. Hehe.. Kesimpulannya, jangan lah dibuang gambar-gambar yang gelap ye.. kita boleh adjust.. Ada 3 cara iaitu:

Kaedah Levels
1. Open fail gambar yang kita nak cerahkan
2. Klik menu Image > Adjustments > Levels

3. Tetingkap Levels akan muncul seperti gambar di bawah. Cuba gerakkan 3 slider seperti yang ditunjukkan. Kita boleh test ketiga-tiga slider dan lihat sendiri hasilnya. Setiap pengubahsuaian pada ketiga-tiga slider ni akan memberikan hasil yang berlainan. Terpulang pada kita nak cerahkan atau gelapkan gambar ikut sesedap rasa... Bila dah puas hati baru la klik OK.

ATAU
Kaedah Curves
1. Ikut langkah di atas cuma kali ini klik pada menu Image > Adjustments > Curves

2. Tetingkap Curves akan muncul. Klik pada garisan tegak dalam graf tu dan drag ke mana-mana point yang akan menghasilkan kecerahan gambar yang berlainan seperti yang ditunjukkan di bawah.

Thursday, March 31, 2011

Menyimpan Fail dalam Photoshop - Save for Web & Devices

Satu lagi kaedah menyimpan fail yang terdapat dalam Photoshop ialah Save for Web & Devices. Apakah kegunaannya? Save for Web & Devices adalah kaedah save yang lebih banyak option yang kita boleh setting dari segi mengurangkan saiz byte fail untuk kegunaan web atau peranti-oeranti yang tak memerlukan kualiti gambar yang terlalu tinggi. Kaedah ini akan memberi kita pilihan dan gambaran yang jelas bagaimana bentuk gambar yang akan disimpan setelah proses optimization (Penjimatan.. betul ke istilah ni..? Lebih kurang la eh..).

Klik menu File > Save for Web & Devices dan paparan tetingkap seperti di bawah ni akan muncul..

Terdapat 4 Tab di bahagian atas tu iaitu Original, Optimized, 2-Up dan 4-Up. Original bermaksud gambar yang hendak disimpan adalah berkualiti seperti sedia ada. Optimized pula bermaksud gambar itu telah dioptimize atau dikurangkan kualiti dan saiznya mengikut kehendak kita. 2-Up dan 4-Up pula adalah gabungan original dan optimized. Kebiasaannya aku agak gunakan 4-Up untuk memudahkan aku membuat perbandingan kualiti dan saiz yang aku nak. Klik tab 4-Up dan kita akan dapat paparan seperti berikut.

Ada 4 preview kat situ. Yang pertama adalah yang original, manakala yang 3 lagi adalah yang telah dioptimize dengan setting yang berlainan. Kita boleh ubah setting ketiga-tiga preview kecuali yang original dengan mengubah setting di sebelah kanan tu. Buat masa ni aku sentuh 2 benda je iaitu ubah setting jenis fail dan kualiti sebab itu yang basic untuk latihan ni. Yang lain nanti aku sentuh akan datang k..

1. Klik pada preview yang kita hendak ubah setting
2. Klik pada pull-down menu JPEG kalau nak tukar format fail kepada format lain seperti GIF, PNG atau WBMP. Tak banyak format fail sebab format-format yang diberi adalah format fail yang sesuai untuk web dan device
3. Klik pada pull-down menu Medium untuk tukar kualiti sama ada Low, Medium, High, Very High atau Maximum
4. Perhatikan maklumat gambar yang telah diubah setting dari segi saiz dan kualiti gambar.
5. Klik preview yang seterusnya jika nak buat perbandingan dengan setting yang berlainan dan ulang Langkah 2 hingga 4
6. Jika berpuas hati dengan setting yang kita pilih, klik pada preview yang dah disetting dengan kehendak kita dan klik Save.

Wednesday, March 30, 2011

Menyimpan Fail dalam Photoshop - Save & Save As

Kaedah menyimpan fail sama seperti perisian-perisian lain yang kita pernah guna sebelum ni. Dengan klik menu File > Save atau File > Save As. Tapi terdapat option-option tambahan yang berguna dalam menyimpan fail-fail grafik menggunakan Photoshop ni.

Sebagai contoh, kalau dah pernah try latihan sebelum ni yang resize gambar dan nak save gambar tu, kita boleh lah klik menu File > Save. Kebiasaannya gambar-gambar yang kita nak save adalah dalam format JPG. So, satu tetingkap JPEG Options akan muncul dan kita boleh setkan kualiti gambar yang hendak kita save sama ada low, medium atau high. Kualiti ini juga memainkan peranan penting dalam menentukan saiz byte fail kita. Kita hanya perlu gerakkan slider ke kiri atau ke kanan seperti dalam gambar di bawah ni..

Bila dah puas hati baru la klik OK dan fail tadi akan save dengan nama fail yang asal. Tetapi jika ingin menukar nama fail, baru la klik menu File > Save As sama macam mana-mana perisian lain. Satu tetingkap Save As akan keluar dan ubah la nama fail tu kemudian klik Save.

Resize Gambar dalam Photoshop

Sebagai permulaan aku akan ajar perkara-perkara basic yang mungkin ramai tak tau atau tak perasan tentang keperluannya. Untuk latihan yang pertama ni aku akan tunjukkan bagaimana mengubah saiz gambar sama ada daripada besar kepada kecil atau sebaliknya. Kebanyakan kita tak perasan yang gambar yang kita ambil menggunakan kamera digital amat besar saiznya. Tujuan utama kamera menghasilkan gambar bersaiz besar adalah untuk kualiti gambar yang lebih baik dan lebih detail. Sesuai untuk dicetak kerana kualitinya. Tetapi banyak kita lupa apabila kita hendak gunakan gambar-gambar itu untuk dimasukkan dalam facebook ke.. dalam laman web ke.. atau nak email kepada orang lain, saiz gambar yang terlalu besar akan mendatangkan masalah bila kita nak buat itu semua. So.. kesimpulannya kalau nak gunakan gambar-gambar itu untuk kegunaan yang bersangkut paut dengan internet dan web, gambar-gambar itu tidak perlulah bersaiz besar. Sekadar sesuai untuk paparan di skrin monitor.

Cara-cara nak resize gambar adalah seperti berikut:

1. Open gambar yang hendak diresize (takkan lupa kot cara nak open.. dah cerita sebelum ni kan?)

2. Klik pada menu Image > Image Size

3. Tetingkap Image Size akan keluar yang menyatakan maklumat saiz gambar tersebut

4. Untuk gambar yang aku pilih ni saiznya kita boleh nampak iaitu 2592x1944 pixel. Besar gak tu kalo nak dimasukkan dalam web atau nak email. Apa yang perlu kita buat hanya tukar nilai di ruangan Width tu.. Aku masukkan nilai 500 untuk width (lebar). Perhatikan yang nilai height (tinggi) tu pun turut berubah. Ini kerana bahagian Constrain Proportions telah ditandakan yang membawa maksud gambar itu telah dikunci agar tak jadi kembang kuncup.. Huhu..

5. Bila dah ok size yang kita nak tu boleh la klik OK. Gambar tu akan jadi kecil seperti yang kita nak. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk membesarkan gambar tapi aku tak sarankan la.. Sebab gambar kecil yang dibesarkan memang akan pecah.

6. Save gambar yang diresize tadi dengan klik menu File > Save. Aku akan cerita lebih lanjut pasal nak save ni posting akan datang eh.. Jangan ke mana-mana.... Hehe..

Tuesday, March 29, 2011

Membuka Fail dalam Photoshop

Photoshop boleh membuka hampir kesemua format fail imej atau grafik. Cara nak buka atau bahasa canggihnya open ialah sama macam perisian-perisian lain. Kalau tak tau maknanya kena masuk kelas komputer asas dulu la ye...

1. Klik menu File > Open
2. Cari fail imej atau grafik dan klik Open
3. Itu je... Mudah bukan.. huhu...

Pengenalan kepada Photoshop

Perisian Adobe Photoshop ni agak mahal sebab perisian profesional. Biasa la tu.. Barang baik mesti la mahal (iklan petronas... hehe..). Tapi kemampuannya tak perlu dipertikaikan.. Memang menjadi kemestian bagi yang meminati bidang fotografi dan grafik ni. Bagi yang nak berminat nak guna tapi duit takde boleh la cari yang cap-cap ayam di kedai-kedai komputer berhampiran. Cuma risiko tanggung sendiri ye bila pakai... Huhu.. Jangan cakap aku yang suruh tauu... Aku sendiri pakai yang original haa...

Ok.. sebagai permulaan kalau dah install kat pc masing-masing boleh la buka Photoshop ni. Takkan tak tau nak buka lak kalo dah install? Mesti la tau kan... Klik Start > Programs > Adobe Photoshop CS5. Kalo guna yang versi lama jangan lak tercari-cari versi Photoshop CS5 ni. Memang la tak jumpa. Tapi jangan risau... Aku akan ajar dari basic. Maksudnya segala yang aku tunjuk ada pada dalam versi lama gak. Kalo takde aku akan bagitau. Don't worry be happy.. :-)

Di bawah ni adalah paparan antaramuka atau interface Adobe Photoshop CS5.


Terdapat beberapa bahagian utama dalam Photoshop yang aku dah tandakan. Aku try translate jadi bahasa melayu walaupun bunyi macam tak sedap. 3 bahagian yang aku tanda ialah:
1. Tools - Bahagian paling penting dalam Photoshop sebab kebanyakan tools untuk mengedit diletakkan di bahagian ini.
2. Options - Bahagian ini adalah tambahan option kepada tools. Apabila kita memilih salah satu tool, bahagian ini akan berubah kepada option tool yang kita pilih tadi.
3. Windows - Bahagian yang memaparkan maklumat dan elemen pengubahsuaian tambahan. Ada banyak jenis windows dan kita boleh memilih untuk memaparkan yang mana satu.

Apa itu Photoshop?

Mengikut laman web Adobe.com, Photoshop bermaksud :
"redefines digital imaging with powerful new photography tools and breakthrough capabilities for complex image selections, realistic painting, and intelligent retouching.."
Boleh faham tak? Kalau boleh faham tak payah la nak diterangkan ye.. Hehe...

Kalau mengikut pemahaman aku senang je.. Photoshop adalah perisian mengedit dan mengubahsuai imej fotografi atau imej realistik. Imej fotografi bermaksud imej yang diambil dengan kamera la senang cerita... Jadi perisian Photoshop ni direka khusus untuk mengubah imej-imej fotografi agar lebih menarik dengan pelbagai tools yang disediakan.

Photoshop telah melalui banyak peringkat peningkatan versi. Buat masa ini versi terbaru Photoshop ialah Adobe Photoshop CS5. Maklumat mengenai produk-produk terkini Adobe boleh didapati dari laman web Adobe.com.

Monday, March 28, 2011

Belajar Photoshop Cara Mudah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Tujuan aku membuat blog ini adalah untuk berkongsi ilmu mengenai perisian rekaan grafik yang banyak orang guna sekarang ni iaitu Adobe Photoshop. Pengalaman aku dengan Photoshop agak lama dan aku rasa tiada ruginya kalo aku nak berkongsi ilmu secara percuma kepada kawan2 kat luar sana. Senang cerita aku ingin membuat amal jariah... Hehe.. So kita akan belajar sedikit demi sedikit mengenai Photoshop ni. Sokongan dari kawan2 semua amat dialu-alukan... Jommm belajar Photoshop...